BEKENU SIBUTI

Asal Usul Nama Sibuti : Nama Sibuti adalah berasal daripada nama sebatang sungai. yang dikenali sebagai "Sungai Sibuti". Nama Sungai Sibuti dipercayai berasal daripada perkataan 'Se'buting' (Bahasa Kedayan) yang bermaksud 'Satu'. Menurut cerita penduduk tempatan pada awal kedatangan masyarakat dagang ke Sibuti mereka p...erlu melalui sebatang sungai untuk sampai ke Sibuti, sewaktu pelayaran menggunakan jalan laut persisir pantai mereka telah tersesat ke laluan sungai yang lain (Sungai Kuala Niah), oleh itu mereka berhenti bertanya kepada penduduk tempatan dimanakah jalan untuk ke sungai yang hendak mereka tuju (Sungai Sibuti). Penduduk tempatan memberitahu bahawa sungai yang "Se'buting" lagi, menurut fahaman kumpulan orang dagang tersebut dalam bahasa mereka ialah Se'buting bermaksud 'Se'butik' yang bermaksud satu lagi (dalam bahasa Sarawak).Terdapat juga asal usul nama Sibuti yang diperoleh dari maksud perkataan cina (Si Bu Tik) yang bermaksud 'tidak mati' / semua barang ada. Kaum cina beranggapan bahawa sesiapa yang mendiami kawasan sungai Sibuti tidak mati kerana di situ terdapat banyak bekalan makanan yang pelbagai seperti padi, getah, jelutong, damar, rottan engkabang (sejenis minyak) dan lain-lain untuk kegunaan mereka.

 

Asal Usul Nama Bekenu : Nama Bekenu merujuk kepada sebuah anak sungai kecil sub-sungai Sibuti (Pecahan anak sungai Sibuti). Nama Bekenu berasal daripada bahasa kaum Orang Ulu (Badami : Bakong/Dalek/Merek) yang membawa maksud "Tengah-Tengah" "Perkataan "Kenu" adalah dari bahasa orang kaum Bakong, memandangkan pasar Beke...nu sekarang memang terletak di tengah-tengah kawasan Bekenu Sibuti, maka ada kebenarannya pada asal usul nama tersebut. Selain itu peristiwa Berkayuh dan Nama Orang 'Anu' disingkatkan menjadi Bakanu. Anu merupakan seorang penduduk tempatan yang terawal mendiami kawasan Bekenu, Anu dikatakan sering dan rajin membuat dan memasang bubu, sejenis alat menangkap ikan. Penduduk tempatan juga memasang buluh dipapan/dipagar sehingga ke hulu sungai Anu untuk memudahkan menangkap ikan. Kawasan anak sungai tersebut merupakan kawasan kediaman mereka, tempat yang sekarang ini dikenali sebagai Pasar Bekenu (Bekenu Bazaar).

 

Tahun 1800 : Penghuni paling awal di kawasan Bekenu Sibuti ; Orang Ulu, (Badami : Bakong/Dalek/Merek) telah menghuni bekenu sekitar Tahun 1800 dan mungkin lebih lama lagi. ciri-ciri kegiatan ekonomi, berpindah randah, berburu, mengambil hasil hutan dan bercucuk tanam secara sementara. Tidak mempunyai agama dan hanya pe...rcaya kepada semangat tanaman. berasal dari kawasan Bakong dan berpindah randah mencari hasil bumi sehingga ke kawasan Bekenu Sibuti. Struktur masyarakat, telah mempunyai ketua yang memerintah. Kampung-kampung penempatan terawal masyarakat ini ialah dikawasan Sungai Uban, Kpg Opak, Beraya Lama dan kawasan persisir. Bukti kewujudan pada kesan peninggalan artifak, tempayan, pinggan mangkuk tembikar, tulang-tulang rangka manusia dan kubur-kubur lama di kawasan bukit berhampiran dengan sungai Uban. Nama orang terawal yang berpengaruh berbangsa Dalek (Orang Ulu) "Jalong" Orang Kaya Jalong. Orang yang pertama menduduki kwasan pasar Bekenu, Tahun 1905 bernama Midin Bin Sarudin. Rumah kediaman terletak di atas bukit Bekenu, iaitu Bukit tapak Pejabat Daerah Sekarang.Orang Kaya Damong orang berpengaruh pertama menjadi ketua berbangsa kaum orang Ulu (Badami) bukan Islam di Kampung Nusah.




Tahun : 1800 - 1900 : Kedatangan kaum berbangsa Kedayan yang berasal dari negara Brunei. Penempatan terawal masyarakat Kedayan ialah di "Kampung Bungai". Kampung Bungai merupakan kampung Kedayan yang tertua di Kawasan Bekenu Sibuti. Dan dianggarkan berusia lebih 200 Tahun. Hal ini dapat dirujuk melalui kesan peninggala...n batu nissan pada kubur lama kaum Kedayan di kawasan Bungai. Kegiatan ekonomi utama masyarakat Kedayan pada masa itu ialah menangkap ikan dan menanam padi. Mereka telah mempunyai agama iaitu agama Islam. Hal ini dapat dikesan melalui ayat tulisan jawi pada batu nisan kubur mereka. Mereka menetap secara tetap di kawasan tepi pantai Bungai. Orang Kedayan berpengaruh pertama yang datang ke Sibuti (Kampung Bungai / kawasan persisiran pantai) Bernama : Haji Abdul Ghafar Bin Nayan kira-kira 200 tahun yang lalu.Haji Abdul Ghafar Bin Nayan datang daripada Brunei dengan menggunakan perahu sampan. tujuan utama beliau datang ke Bungai adalah untuk mencari kawasan untuk dijadikan tempat berkebun menanam padi. setelah dilihatnya kawasan tersebut sesuai beliau datang untuk kali kedua dengan membawa anak benih untuk ditanam. Saya kagum dengan seorang anak tempatan yang diceritakan sangat digeruni oleh penduduk tempatan kerana ketegasannya, kanak2 sering ditakutkan oleh ibu dan bapa mereka sekiranya mereka nakal. Orang yang saya maksudkan tersebut bernama Haji M...at @ Saji Bin Mat. beliau dikenali dan digelar 'Saji Mat' oleh penduduk cina dan penduduk tempatan. Saji Mat tinggal di kampung Masjid Lama (kampung Rancah-Rancah) di kawasan Bungai. Menurut cerita rakannya, beliau telah berjuang mempertahankan tanah Sibuti Sarawak semasa pemerintahan Jepun. Serangan semasa peperangan Jepun telah mengakibatkan tangan Saji Mat tercedera/terputus. 

 

1890 - 1920 : Kedatangan kaum Cina yang datang terus dari negara China melalui persinggahan sementara di Kuching. lawatan pertama ke Bekenu adalah untuk melihat-lihat kawasan yang berpotensi untuk diduduki. (Mencari tempat baru yang sesuai untuk berdagang). Membuat rumah penempatan yang pertama terletak di Kampung Ranc...ah-Rancah di tepi sungai, rumah tersebut dijadikan kedai menjual barang (berniaga) dan kedai menjual basikal. Kegiatan ekonomi : berniaga dan berkebun. Datang menggunakan Bot / Kapal dari Negara China. Orang Berbangsa Cina yang pertama menjejakkan kaki ke Sibuti ialah Kapitan Sim Yaw Khung. Beliau bertanggung jawab membawa masuk kaum cina dari negara China untuk datang ke Sibuti dan menetap di Sibuti. Kapitan Sim Yaw Khung datang ke Kuching pada Tahun 1892 dan melalui Kuching beliau berhijrah menggunakan jalan laut dan datang ke Sibuti buat pertamakalinya pada Tahun 1895 di kampung Rancah-Rancah dan Kampung Masjid Lama.Kapitan Sim Yaw Khung telah dilantik secara rasmi menjadi kapitan bagi kawasan Sibuti oleh Raja Putih Sarawak C.V. Brooke pada tahun 1940.

Comments

LyNa said…
wow...panjangnya penerangan tentang sibuti,lelah mek maca ..hehe..

Popular posts from this blog

Veni, Vedi, Vinci